Wednesday, 13 July 2011

EASYPIP TRADING SYSTEM

Di sini terdapat teknik yang digunakan oleh saya sebagai Intraday Trader. Anda boleh memiliki teknik ini dengan hanya USD10.00. Saya percaya harga tersebut tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan ilmu yang bakal anda miliki. Sekiranya anda mengikuti langkah-langkah yang diterangkan dengan mengikuti jadual money management yang disertakan, anda bakal menjadi JUTAWAN SENYAP. 


Dapatkan EASYPIP TRADING SYSTEM (ETS) 
Sekarang!

Anda boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit/debit
 menerusi PayPal. Klik pada butang Buy Now
untuk bayar menerusi kad kredit/debit.


 

EASYPIP TRADING SYSTEM





*Sila SMS butir2 bayaran dan email anda 
ke h/p: 019-285 4838


 
Sebaik saja pengesahan pembayaran, anda akan menerima sms password untuk download Easypip Trading System. Klik Link DOWNLOAD di bawah untuk download selepas pembayaran telah dibuat.

Bayaran juga boleh dibuat melalui :
Liberty Reserve Account no : U3396702

Thursday, 5 May 2011

HADIAH UNTUK ANDA

Dalam page ini anda boleh download Indicator dan template yang saya gunakan untuk analisis trend. Sila click link di bawah untuk download.

-----> http://easypipfx.wikidot.com/

Wednesday, 4 May 2011

ASAS

PENGENALAN

Dalam blog ini saya mulakan dengan mukaddimah ini untuk mempastikan blog ini dapat dimanfaatkan oleh semua peringkat baik yang baru mahupun yang dah lama di dunia forex ini. Kepada yang zero dalam forex ni, bolehlah search dulu kat internet ni... belajar dulu apa itu forex, macam mana nak install platform dan indicator-indicator asas dalam forex. Kepada mereka yang telah berpengalaman bolehlah meneruskan ke bahagian teknikal.

Mari kita lihat, dalam forex kita hanya di beri 2 pilihan saja untuk melakukan BUY dan SELL. Kita juga diberi pilihan untuk melakukan BUY/SELL pada trend pendek atau trend panjang. Tetapi sejauh manakah market trend itu berjalan? Adakah anda tahu?

Saya akan memulakan topix forex ini terus kepada analisa teknikal, kepada yang zero pastikan anda dah tahu menggunakan platform. Walau bagaimanapun page ini amat penting kepada kita kerana dengan membaca berulang kali akan memberi kita semangat dan disiplin. Setidak-tidaknya ianya memberikan kita peringatan sebelum memulakan trading. Jom.... kita lihat seterusnya...

6 Langkah untuk Set-UpTrading Sistem 

Fokus tajuk ini adalah untuk memberi jalan bagaimana untuk membina trading system. Seperti yang kita ketahui system trading yang baik dan berkesan akan membawa kita untuk mendapat banyak pips dan mendapat trading yang menguntungkan. Mari kita tengok apa langkah-langkah yang perlu kita lakukan!

Langkah 1: Time Frame Sebelum anda bina trading system anda, anda perlu tanya diri sendiri, adakah anda seorang day trader atau swing trader? Adakah anda melihat chart setiap hari, setiap minggu, setiap bulan atau setiap setahun? Berapa lama anda mahu position trading anda dibuka dan berapa banyak pips yang anda mahu sekali anda trading. Semua ini akan membantu anda untuk memilih time frame yang sesuai semasa anda berdagang matawang. Walaupun anda melihat pelbagai time frame semasa melakukan trade namun persoalan di atas akan memastikan apakah time frame utama anda untuk memastikan market trend/signal.

Langkah 2: Indicator dalam menentukan arah market. Semua trader memerlukan indicator yang cepat dan pantas dalam menentukan trend market dalam mendapatkan trade yang menguntungkan. Salah satu dari banyak-banyak indicator yang popular di kalangan para trader sebagai rujukan adalah MA atau moving average. Indicator ini akan memberi signal arah market dengan cara cross diantara slow line dengan fast line. Ini di panggil dengan nama Sistem Moving Average Crossover. Sistem ini simple, senang dan cepat dalam menentukan arah trend market dan salah satu cara yang sering di gunakan oleh para trader.

Langkah 3: Indicator memastikan arah market. Indicator yang kedua ini adalah sebagai indicator sokongan kepada MA tadi. Ianya di guna untuk mengelakkan kita trade pada masa whipsaw atau pun false trend. Indicator ini sangat penting sebelum kita entry position. Antara indicator kedua yang digunakan adalah MACD, Stochastics dan RSI.

Langkah 4: Tentukan saiz risiko Langkah 4 ini adalah untuk menentukan berapakah saiz kerugian yang sanggup trader tanggung semasa trade. Saiz kerugian yang sanggup di tanggung oleh trader berlainan antara satu sama lain. Disini anda perlu mendalami ilmu money management yang mana akan memainkan peranan besar dalam menentukan had risiko kerugian.

Langkah 5: Tentukan masa buka posisi dan tutup posisi trade Setelah kita mengetahui saiz risiko masing-masing maka langkah yang berikutnya adalah menentukan bilakah masa yang sesuai untuk entry dan exit trade untuk mendapat profit yang tinggi. Setengah trader suka entry semasa kesemua indicator mereka menunjukkan signal ‘hijau’ walaupun candlestick masih belum ditutup manakala jenis trader yang lain pula akan bersabar menunggu hingga candlestick tutup. Jalan terbaik diantara kedua-duanya adalah tunggu sehingga candlestick close dan candlestick baru open untuk mengelakkan dari market reverse. Untuk exit position trader boleh memilih beberapa cara dan salah satunya adalah dengan set stop loss. Caranya adalah apabila posisi di buka dan harga bergerak mengikut trend maka ubah stop loss anda untuk menyekat keuntungan tadi. Cara lain pula adalah dengan set target profit anda dan exit trade apabila target telah mengena. Sesetengah trader menjadikan line support dan resistence sebagai target mereka. Walau bagaimanapun anda hendaklah displin dengan system yang and telah bina dan elakkan dari exit trade walau apapun yang berlaku. Ini membolehkan anda melihat kelemahan system anda dan secara tak langsung anda akan memperbaiki system tersebut.

Langkah 6: Tuliskan dan ikuti system rules anda. Langkah ini adalah sangat penting dan perlu anda ikuti. Displin diri adalah perlu dalam menjamin kejayaan seseorang trader forex. Anda perlu yakin dan setia dengan system anda kerana ianya adalah seperti sebuah lampu suluh semasa berjalan didalam gelap. Selepas anda menyiapkan system trading anda maka test dulu system tersebut dengan cara back test dan trading demo akaun. 



TRADER PROFESIONAL ADALAH YANG BERDISIPLIN 

1. Rancang dahulu sebelum anda memasuki pasaran.
- Bila anda akan masuk/keluar pasaran
- Bila anda akan menjual kerugian
- Dimana had maximum keuntungan anda

2. Trend pasaran adalah teman

Jangan sesekali melawan trend kalau anda cuma trader kecil, semasa trend pasaran naik ikutilah dengan memasang harga buy, semasa trend pasaran turun ikutilah dengan memasang harga sell. Selama anda tidak melawan trend pasti anda tidak akan rugi.

3. Fokuskan perhatian pada modal

Ini adalah perkara yang paling penting, jangan terlalu serakah tanpa mengingati modal dalam open posisi, gunakan 10%-30% saja dari total modal anda. Jangan sesekali menggunakan lebih dari 50% kerana anda tidak akan dapat menahan pergerakan pasaran apabila menggunakan lebih dari itu dan habis ditelan margin sahaja.

4. Tahu bila harus menghadkan kerugian

Jika salah analisa sell jangan biarkan harapan kosong agar harga akan kembali naik. Keadaan harapan kosong ini berkemungkinan besar akan mengakibatkan kerugian yang lebih besar berlaku. Pastikan posisi stop loss dan bila anda harus merelakan wang anda hilang.

5. Ambil keuntungan semasa perdagangan baik

Sebelum memasuki pasaran pastikan seberapa besar keuntungan yang ingin anda capai, ketika target tercapai segera close. Biarkanlah harga itu bergerak ke mana saja selepas itu, jangan rasa rugi jika harga semakin menguntungkan.

6. Jangan trading kerana signal dari teman atau broker saja

Trading hanya apabila anda sudah menganalisa sendiri, signal memang boleh membantu tapi jangan jadikan unsur utama!

7. Buat catatan trading

Ketika open posisi, buat catatan sebagai rujukan. Apabila berhasil atau gagal baca kembali. Ilmu trader anda akan jauh berkembang dari dari apa yang telah dilalui.

8. Ketika was-was jangan masuk pasaran

Ketika anda tidak tahu ke mana arah market, cubalah untuk berdiam diri saja dan mengamati sampai anda yakin benar. Kadang-kadang diam adalah jalan terbaik yang patut anda lakukan.

9. Jangan melebihi kemampuan anda untuk trading

Idealnya dalam satu waktu hanya mempunyai 3-5 posisi, tidak lebih dari itu. Terlalu banyak membuka posisi pasti akan membuat anda tidak dapat memberi perhatian dan loss control.

10. Forex Trading ini bukanlah merupakan cara cepat untuk menjadi kaya.

Perlu banyak waktu untuk mempelajari ilmu dibidang ini. Trader yg sukses dengan formulanya sendiri tidaklah menemukan ilmunya dalam tempuh yang singkat.
Yang sangat diperlukan adalah : Practice+Patience+Persistent = Profit

11. Disarankan untuk fokus kepada 1 atau 2 pasang matawang sahaja.

Kenapa? Kalau fokus kepada semua matawang ia pasti akan merumitkan (complicated) dan sukar untuk membuat kawalan.

12. Memerhatikan ForexNews dan analisa forex dari para Analyst.

Meskipun system forex ini didasarkan pada analisa ‘chart’, kita harus juga memerhatikan berita-berita baru yang dapat mempengaruhi harga. Mengetahui apa itu 'pivot', ‘support’ dan apa itu ‘resistant’serta perhatikan apakah sebarang berita mampu menggerakkan price ke arah support atau resistant.

13. Gunakan salah satu ‘teknik’ yang betul-betul anda kuasai.

Biasakan untuk menggunakan salah satu method (cara, kaedah) yang anda mampu kuasai untuk bermain forex. Anda boleh menggunakan indikator mudah seperti BGX, Vegas atau Sidus bersama RSI dan MACD.

14. Mula dengan Virtual Trading

Berjinak dengan forex melalui virtual trading dahulu , paling tidak 3 bulan untuk memahami pergerakan forex! Melakukan trading harus berdasarkan dengan apa yang anda lihat, bukan apa yang anda fikir! Untung rugi adalah biasa, yang penting anda trading dengan formula dan disiplin! Wang akan dating dengan sendirinya bila anda berdisiplin.

Perdagangan Tukaran Matawang Asing, Forex, Foreign Exchange, FX 90% orang gagal di forex kerana tidak disiplin, 10% bangkrup! Money management sangat penting dalam bermain forex!


TIPS TRADER BERJAYA
1.Guna 10-20% sahaja dari margin/modal untuk trading dalam satu-satu masa.

2.Tentukan risiko kerugian dengan meletakkan Stoploss bagi setiap posisi yang kita buka.

3.Tetapkan sasaran dan elakkan sikap terlalu optimistic/greddy. Ambil profit apabila sasaran mengena(disiplin) atau sekurang-kurangnya alihkan stoploss pada kedudukan in-profit(trailing stop).

4.Jika anda ragu-ragu jangan masuk market. Ada kalanya tidak berbuat apa-apa adalah jalan yang terbaik.

5.Trading berdasarkan apa yang anda lihat bukan apa yang anda fikir.

6.Jika gaya trading anda lebih kepada jangka pendek,
tutup sebarang open trade sejurus sebelum berita ekonomi utama (news/market event).

7.Seelok-eloknya ambil satu atau dua pasang matawang dahulu untuk anda kuasai.Saya cadangkan pilih GBP/USD kerana pergerakannya hampir 100 pips setiap hari.

8.Jangan lupa tutup trading pada lewat hari Jumaat.Seeloknya jangan ada open trade pada hari cuti forex.

9.Forex can make you win fast but it also can make you loss faster!

Sentiasa belajar,sabar dan berdisiplin dalam Forex.

TEKNIK + SABAR + DISIPLIN = KEJAYAAN

Tuesday, 3 May 2011

SENJATA KEKAYAAN TERHEBAT

Kenapa forex disifatkan "Senjata Kekayaan Terhebat" ?

Selama ini kita hanya menyertai skim MLM ataupun memperjudikan nasib wang modal kita dengan melaburkan kepada mana-mana syarikat ataupun orang persorangan dalam skim (High Yield Investment Program) HYIP.

Forex singkatan kepada Foreign Exchange, iaitu perdagangan tukaran matawang asing. Ia juga dikenali dengan nama FX. Forex sebuah entity kewangan yang terbesar di dunia dengan transaksi melebihi $1.95 trillion sehari!!. Forex melibatkan transaksi dimana kita membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang (currency pair) ini ditransaksikan melalui broker dalam bentuk pair (pasangan) sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD).

Forex merupakan satu pelaburan yang paling popular kerana pulangan keuntungannya yang tinggi. Keuntungan boleh mencapai sehingga 100% dalam masa beberapa hari. Akibat pergerakan yang cepat tersebut, tidak dinafikan forex juga berisiko tinggi untuk rugi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup.

Selama ini Forex trading hanya boleh di sertai oleh bank-bank negara dan mereka yang mempunyai modal berjuta-juta ringgit. Tetapi sekarang ia boleh disertai dari rumah anda dengan modal yang kecil tanpa perlu berjumpa sesiapa untuk membuka akaun dan lain-lain.

Tetapkan matlamat anda untuk menjadi jutawan bukan kerana wang ringgit dan kemewahan semata. Tetapi tetapkan matlamat anda untuk memperolehi ilmu dan pengalaman yang ditimba dalam perjalanan mencapai matlamat di dalam perniagaan forex ini.


Wang berjuta boleh habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Tetapi ilmu dan pengalaman tidak akan hilang.

Kata seorang pakar perniagaan dan jutawan, " Perniagaan bernilai berjuta yang anda bina boleh musnah dalam sekelip mata. Tetapi dengan ilmu dan pengalaman yang anda ada, anda boleh melintas ke seberang jalan dan membina empayar perniagaan baru yang boleh menjana berjuta ringgit lagi "


Betapa benar kata-kata itu. itulah sebabnya anda mungkin pernah mendengar jutawan-jutawan yang gagal dalam perniagaan oleh sebab yang tidak dapat dielakkan. Kemudian membina empayar perniagaan baru yang kemudiannya meraih berjuta-juta lagi kerana ilmu dan pengalaman tidak akan hilang !

SIAPA WARREN BUFFET

Warrent Buffett, inilah manusia ke dua terkaya didunia melalui FOREX juga mengakui kuasa yang ada pada forex yang beliau sifatkan sebagai senjata kekayaan terhebat pada dirinya.

 SIAPA DAN ZANGER 


Seorang super trader terkenal, Dan Zanger, dari hanya seorang bekas kontraktor binaan telah menjana $11,000 menjadi $18,000,000 ($18juta) hanya dalam masa 18 bulan saja. Ianya samalah seperti menjana $1,000 menjadi $1.8juta dalam masa 18 bulan. Tidak kah anda teringin menjadi super trader seperti itu?

EASYPIPFX

Salam buat semua pembaca blog ini. Tujuan blog ini diwujudkan bukan untuk mencari publisiti. Ianya sekadar untuk berkongsi pengalaman terutamanya kepada mereka-mereka yang baru atau sudah bertahun-tahun mengenali dunia forex. Saya merupakan seorang "Full Time Trader" sejak tahun 2008 (masih baru lagi)... sejak mula mengenali dunia forex ini, saya tidak pernah lupa memanjatkan kesyukuran kepadaNYA kerana telah dipertemukan saya dengan satu perniagaan yang saya sifatkan SENJATA KEKAYAAN terhebat. 

Saya mula menyimpan cita-cita untuk menjadi jutawan forex satu hari nanti. Kelas-kelas forex ketika itu tumbuh macam cendawan. Yuran kelas forex ni tak payah ceritalah... ada yang mencecah ribuan ringgit. Buku-buku forex juga bukan murah... beratus harganya.Oleh kerana saya tidak mampu untuk membayar yuran untuk ke kelas forex dan membeli buku-buku forex ketika itu, saya terpaksa menggunakan hanya apa yang termampu. Search di Google pasal forex ni... disitulah guru saya.

3 bulan pertama di dunia forex ini, saya mulakan dengan modal kecil-kecilan usd100 - usd300. Ikut teknik-teknik yang diajar secara percuma di internet ni. Huhhh susahnya... diam tak diam asyik dok topup saja tanpa saya sedar habis wang simpanan saya hampir RM30k hanya dalam masa 3 bulan. Serik pun ada, risau ada...ntahlah tak tau nak cerita ketika tu. Namun terdetik dihati saya Forex ni tetap lubuk duit. 

Sejak itu, saya cuba mencari kesilapan-kesilapan yang saya lakukan ketika trading. Alhamdulillah... kesilapan-kesilapan itulah yang merupakan pelajaran yang tak ternilai kepada saya sehingga membawa kepada pertemuan-pertemuan teknik-teknik yang telah memberi kejayaan yang besar kepada saya. Dengan pertemuan teknik-teknik yang digabungkan dengan indicator-indicator telah membuahkan hasil yang besar untuk diri saya maka wujudlah nama EASYPIPFX.

Dalam Forex semua keputusan ditangan anda. Anda yang akan menentukan samada anda ingin untung atau rugi. Namun segalanya perlulah disokong dengan mempelajari ilmu forex ini. Sekiranya anda tidak mempunyai ilmu forex ini sudah tentu anda tidak akan ke mana-mana. Oleh kerana itu, saya dengan rasa rendah diri amat mengalu-alukan anda yang ingin mempelajari ilmu forex ini. Sila tinggalkan email anda untuk saya hubungi. Walau bagaimanapun hanya mereka yang betul-betul berminat sahaja yang akan saya curahkan ilmu ini.

Sebaik anda dapat menguasai ilmu forex dari saya... segalanya hanya akan bergantung kepada diri anda sendiri. Saya percaya mereka yang berjaya hanya lah mereka yang berjaya mengawal nafsu dan bijak menggunakan ilmu yang diajar. Dalam dunia forex tidak ada satu indicator pun yang dapat memberi anda 100% ketepatan. Semua indicator hanya sebagai panduan. Anda pasti dapat  menguasai sesuatu teknik itu sekiranya anda sentiasa berlatih. Disinilah akan timbulnya skill yang tiada bandingannya untuk berjaya didalam perniagaan forex ini.

Saya  memohon maaf, kerana tidak dapat menerangkan secara detail di dalam blog ini memandangkan keadaan masa saya yang terbatas dan juga bagi mempastikan kualiti teknik yang diajar dapat digunakan sepenuhnya oleh anda.