Tuesday, 3 May 2011

SENJATA KEKAYAAN TERHEBAT

Kenapa forex disifatkan "Senjata Kekayaan Terhebat" ?

Selama ini kita hanya menyertai skim MLM ataupun memperjudikan nasib wang modal kita dengan melaburkan kepada mana-mana syarikat ataupun orang persorangan dalam skim (High Yield Investment Program) HYIP.

Forex singkatan kepada Foreign Exchange, iaitu perdagangan tukaran matawang asing. Ia juga dikenali dengan nama FX. Forex sebuah entity kewangan yang terbesar di dunia dengan transaksi melebihi $1.95 trillion sehari!!. Forex melibatkan transaksi dimana kita membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang (currency pair) ini ditransaksikan melalui broker dalam bentuk pair (pasangan) sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD).

Forex merupakan satu pelaburan yang paling popular kerana pulangan keuntungannya yang tinggi. Keuntungan boleh mencapai sehingga 100% dalam masa beberapa hari. Akibat pergerakan yang cepat tersebut, tidak dinafikan forex juga berisiko tinggi untuk rugi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup.

Selama ini Forex trading hanya boleh di sertai oleh bank-bank negara dan mereka yang mempunyai modal berjuta-juta ringgit. Tetapi sekarang ia boleh disertai dari rumah anda dengan modal yang kecil tanpa perlu berjumpa sesiapa untuk membuka akaun dan lain-lain.

Tetapkan matlamat anda untuk menjadi jutawan bukan kerana wang ringgit dan kemewahan semata. Tetapi tetapkan matlamat anda untuk memperolehi ilmu dan pengalaman yang ditimba dalam perjalanan mencapai matlamat di dalam perniagaan forex ini.


Wang berjuta boleh habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Tetapi ilmu dan pengalaman tidak akan hilang.

Kata seorang pakar perniagaan dan jutawan, " Perniagaan bernilai berjuta yang anda bina boleh musnah dalam sekelip mata. Tetapi dengan ilmu dan pengalaman yang anda ada, anda boleh melintas ke seberang jalan dan membina empayar perniagaan baru yang boleh menjana berjuta ringgit lagi "


Betapa benar kata-kata itu. itulah sebabnya anda mungkin pernah mendengar jutawan-jutawan yang gagal dalam perniagaan oleh sebab yang tidak dapat dielakkan. Kemudian membina empayar perniagaan baru yang kemudiannya meraih berjuta-juta lagi kerana ilmu dan pengalaman tidak akan hilang !

SIAPA WARREN BUFFET

Warrent Buffett, inilah manusia ke dua terkaya didunia melalui FOREX juga mengakui kuasa yang ada pada forex yang beliau sifatkan sebagai senjata kekayaan terhebat pada dirinya.

 SIAPA DAN ZANGER 


Seorang super trader terkenal, Dan Zanger, dari hanya seorang bekas kontraktor binaan telah menjana $11,000 menjadi $18,000,000 ($18juta) hanya dalam masa 18 bulan saja. Ianya samalah seperti menjana $1,000 menjadi $1.8juta dalam masa 18 bulan. Tidak kah anda teringin menjadi super trader seperti itu?

No comments:

Post a Comment