Salam buat semua pembaca blog ini. Tujuan blog ini diwujudkan bukan untuk mencari publisiti. Ianya sekadar untuk berkongsi pengalaman terutamanya kepada mereka-mereka yang baru atau sudah bertahun-tahun mengenali dunia forex. Saya merupakan seorang "Full Time Trader" sejak tahun 2008 (masih baru lagi)... sejak mula mengenali dunia forex ini, saya tidak pernah lupa memanjatkan kesyukuran kepadaNYA kerana telah dipertemukan saya dengan satu perniagaan yang saya sifatkan SENJATA KEKAYAAN terhebat.
Saya mula menyimpan cita-cita untuk menjadi jutawan forex satu hari nanti. Kelas-kelas forex ketika itu tumbuh macam cendawan. Yuran kelas forex ni tak payah ceritalah... ada yang mencecah ribuan ringgit. Buku-buku forex juga bukan murah... beratus harganya.Oleh kerana saya tidak mampu untuk membayar yuran untuk ke kelas forex dan membeli buku-buku forex ketika itu, saya terpaksa menggunakan hanya apa yang termampu. Search di Google pasal forex ni... disitulah guru saya.
3 bulan pertama di dunia forex ini, saya mulakan dengan modal kecil-kecilan usd100 - usd300. Ikut teknik-teknik yang diajar secara percuma di internet ni. Huhhh susahnya... diam tak diam asyik dok topup saja tanpa saya sedar habis wang simpanan saya hampir RM30k hanya dalam masa 3 bulan. Serik pun ada, risau ada...ntahlah tak tau nak cerita ketika tu. Namun terdetik dihati saya Forex ni tetap lubuk duit.
Sejak itu, saya cuba mencari kesilapan-kesilapan yang saya lakukan ketika trading. Alhamdulillah... kesilapan-kesilapan itulah yang merupakan pelajaran yang tak ternilai kepada saya sehingga membawa kepada pertemuan-pertemuan teknik-teknik yang telah memberi kejayaan yang besar kepada saya. Dengan pertemuan teknik-teknik yang digabungkan dengan indicator-indicator telah membuahkan hasil yang besar untuk diri saya maka wujudlah nama EASYPIPFX.
Dalam Forex semua keputusan ditangan anda. Anda yang akan menentukan samada anda ingin untung atau rugi. Namun segalanya perlulah disokong dengan mempelajari ilmu forex ini. Sekiranya anda tidak mempunyai ilmu forex ini sudah tentu anda tidak akan ke mana-mana. Oleh kerana itu, saya dengan rasa rendah diri amat mengalu-alukan anda yang ingin mempelajari ilmu forex ini. Sila tinggalkan email anda untuk saya hubungi. Walau bagaimanapun hanya mereka yang betul-betul berminat sahaja yang akan saya curahkan ilmu ini.
Sebaik anda dapat menguasai ilmu forex dari saya... segalanya hanya akan bergantung kepada diri anda sendiri. Saya percaya mereka yang berjaya hanya lah mereka yang berjaya mengawal nafsu dan bijak menggunakan ilmu yang diajar. Dalam dunia forex tidak ada satu indicator pun yang dapat memberi anda 100% ketepatan. Semua indicator hanya sebagai panduan. Anda pasti dapat menguasai sesuatu teknik itu sekiranya anda sentiasa berlatih. Disinilah akan timbulnya skill yang tiada bandingannya untuk berjaya didalam perniagaan forex ini.
Saya memohon maaf, kerana tidak dapat menerangkan secara detail di dalam blog ini memandangkan keadaan masa saya yang terbatas dan juga bagi mempastikan kualiti teknik yang diajar dapat digunakan sepenuhnya oleh anda.

No comments:
Post a Comment